Guna cek palsu, Rajkumar Santoshi dipenjara dua tahun - Utusan Malaysia

Guna cek palsu, Rajkumar Santoshi dipenjara dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pengarah Bollywood terkenal, Rajkumar Santoshi, 67, dipenjara dua tahun kerana melakukan penyelewengan membabitkan penggunaan cek palsu bernilai kira-kira 10 juta rupee (RM575,790).

Hukuman itu diputuskan hakim mahkamah Jamnagar, VJ Gadhvi semalam selepas Santoshi dibuktikan bersalah melakukan jenayah tersebut beberapa tahun lalu.

Santoshi sebelum ini didakwa menggunakan 10 cek palsu, masing-masing bernilai 100,000 rupee (RM5757) untuk membayar semula dana yang dipinjamnya dari mangsa yang juga konglomerat, Ashok Lal.

Peguam mewakili Ashok, Piyush Bhojani memaklumkan dana tersebut dipinjamkan bagi membiayai kos pembikinan salah sebuah filem pengarah terbabit.

Menurutnya, pengarah tersebut menghilangkan diri selepas cuba dihubungi mangsa bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kesemua cek tersebut yang ditendang semasa diproses sebuah bank, di sini.

Gagal mendapatkan maklum balas, Ashok memfailkan tindakan undang-undang untuk mendakwa pengarah itu di mahkamah.

Dalam pada itu, selain hukuman penjara, Santoshi juga diarahkan membayar semula sebanyak dua kali ganda daripada kadar yang dipinjamnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya