PASIR PUTEH: Lebih 30 pesawah bendang Gong Manak di sini membuat kenduri gulai kawah sebagai tanda kesyukuran kerana tanaman padi di kesemua 175 hektar sawah di kampung itu ‘menjadi’ walaupun hanya mengharapkan taburan hujan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bendang Deraman Abas berkata, sebanyak tiga kawah gulai daging lembu dimasak secara bergotong-royong untuk dijamu kepada penduduk setempat hasil sumbangan salah seorang petani terlibat. Menurutnya, selain itu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak turut menyumbang 300 ekor ikan keli sebagai tanda sokongan. “Alhamdulillah, tahun ini padi menjadi. Sudah tiga musim padi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya