KUALA LUMPUR: Lebihan buruh asing yang dibawa masuk ke negara ini untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan perlu segera digerakkan untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam perladangan komoditi. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana Industri sawit negara menanggung kerugian nilai eksport sebanyak RM7.9 bilion setahun susulan kekurangan hampir 40,000 tenaga kerja dalam sektor perladangan komoditi itu. Menurutnya, anggaran kerugian itu mengambil kira nilai ekonomi yang diterjemah melalui tuaian satu tan kelapa sawit bagi setiap seorang tenaga kerja bagi tempoh 265 hari. “Mengikut maklum balas, kementerian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya