MUAR: Tidak berpuas hati dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya menjadi punca pergaduhan antara pemandu warga asing dan tempatan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Pagoh di sini, tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1.58 tengah hari ketika pemandu Toyota Fortuner warga tempatan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Katanya, pemandu tersebut telah ternampak sebuah kereta Mitsubishi Lancer bernombor pendaftaran Singapura berwarna merah yang dipandu suspek menggunakan laluan kecemasan dan bertindak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya