KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap dua pemimpin Bersatu dan menuntut ganti rugi RM2 juta kerana memfitnahnya memprejudiskan kestabilan dan keselamatan negara. Plaintif, Datuk Farhash Wafa Salvador yang juga bekas Pengerusi PKR Perak menamakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan Setiausaha Parti Perikatan Nasional (PN )Selangor, Dr. Afif Bahardin sebagai defendan dalam dua saman yang difailkan berasingan. Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Ahmad Denial, Ruben & Co. pada 22 Januari lalu di Mahkamah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya