KANGAR: Enam pelajar berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di negeri ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Kanak-Kanak di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bergaduh di kawasan sekolah tahun lalu. Keputusan tersebut dibuat oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas keluarga tertuduh bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan di luar mahkamah. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia 17 tahun itu didapati berhimpun dengan menyalahi undang-undang bertujuan untuk bergaduh di mana perbuatan berkenaan dilakukan antara pukul 10.45 hingga 11 pagi pada 1 Ogos tahun lalu di satu kawasan lapang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya