Empro tawar kulit anjal dengan ‘Spacelift Face Booster’ sasar 30 pasaran luar negara sebelum akhir 2024 dengan produk ‘Instant-Lifting’ pertama di dunia

Empro tawar kulit anjal dengan ‘Spacelift Face Booster’ sasar 30 pasaran luar negara sebelum akhir 2024 dengan produk ‘Instant-Lifting’ pertama di dunia

Pengasas dan pengarah urusan Empro, Prof Dr. Coco Alex Yeoh (tengah) bersama rakan kongsi Strategik Empro dan VIP sempena pelancaran SpaceLift Face Booster
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPURL: Empro, simbol inovasi dan keanggunan dalam bidang kecantikan, dengan bangganya memperkenalkan ciptaan terbaharu dalam penjagaan kulit dengan pelancaran rasmi SpaceLift Face Booster. Majlis bersejarah yang diadakan di Centre Court Mid Valley Megamall dari 9 Januari 2024 hingga 14 Januari 2024 yang lalu, menjadi penanda aras dalam keterjalinan kecemerlangan, inovasi dan komitmen Empro untuk bersama ke arah kecantikan yang lebih berkekalan.

SpaceLift Face Booster merupakan satu contoh produk unggul dalam penghasilan ‘lifting solution’ – campuran yang serasi antara kesenian berasaskan tumbuhan dan kecemerlangan saintifik, direka untuk memutarkan masa kembali ke zaman muda. SpaceLift memperkenalkan formula matematik yang mencabar matematik konvensional dengan formula 1 + 1 bersamaan dengan 5: 1 saat penembusan, 1 minit kulit terangkat, dan hasil keanjalan kulit muka boleh dilihat dalam masa 5 minit.

Majlis menandatangani pengedaran global antara Empro dan rakan perniagaan dari Jepun, diwakili oleh Kawamori Shigeki.

Teknologi yang dipatenkan direka untuk penyampaian nutrien dan pemulihan yang tepat, memanjangkan hayat sel dan menterbalikkan proses penuaan kulit. Formula hebat ini menyatukan sains dengan kuasa ajaib 12 bahan tumbuhan yang dipilih dan dihasilkan di Jepun, menjadikannya SpaceLift satu serum yang unggul.

Gabungan ekstrak tumbuh-tumbuhan ini dapat mengangkat dan menegangkan kulit, menyerap dengan cepat, mencegah penuaan, menghidrasi muka serta memberi manfaat antioksida – resepi serasi untuk mengurangkan kedutan, hiperpigmentasi, dan radang di muka sambil memberikan perlindungan terhadap kerosakan UV dan kebengkakan.

Majlis menandatangani peruncitan domestik antara Empro dan rakan strategik utamanya untuk pengedaran dengan Watsons Malaysia, diwakili oleh Pengarah, Caryn Loh.

Ritual penggunaan SpaceLift sangat mudah. Tanpa mengganggu rutin harian, sedikit semburan SpaceLift selepas mencuci muka akan memulakan proses serapan molekul air terhidrolisis ke dalam kulit muka dengan serta-merta, setiap pagi dan petang. Produk terbaru ini menawarkan serapan nutrien yang pantas di samping sifat antioksidanya. Mudahnya integrasi SpaceLift ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda akan menjadikan impian untuk memiliki kulit yang menawan satu realiti.

Majlis pelancaran SpaceLift bukan sahaja satu majlis pengenalan produk semata-mata. Acara itu juga diadakan sebagai satu tanda penghargaan ke atas pemeteraian perjanjian dan kerjasama antara Empro dan rakan-rakan niaganya, disaksikan dif-dif kehormat termasuk wakil daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan tetamu-tetamu terhormat yang lain.

Majlis berprestij ini juga diserikan dengan persembahan hebat oleh beberapa penyanyi terkemuka tanah air seperti Aina Abdul, Ella dan Shila Amzah. Melodi nyanyian mereka melengkapkan keanggunan dan kecanggihan pengalaman SpaceLift Face Booster, menjadikan Centre Court Mid Valley Megamall satu acara keraian kecantikan.

Upacara tandatangan dan pertukaran dokumen antara Empro dan rakan dagang strategiknya menggambarkan komitmen Empro dalam memastikan cecair ajaib ini tersedia di pasaran. Dengan pengedaran global yang berpangkalan di Jepun dan kerjasama strategik bersama Watsons dan Sasa untuk pasaran runcit domestik, Empro memastikan SpaceLift Face Booster mudah didapati di sini dan luar negara.

Majlis menandatangani peruncitan domestik antara Empro dan rakan strategiknya untuk pengedaran dengan Sasa Malaysia, diwakili oleh Lisa Soon.

Pengasas dan pengarah urusan Empro, Prof. Dr. Coco Alex Yeoh, memberikan penjelasan lanjut mengenai SpaceLift seusai majlis tersebut, “Terdapat kesenjangan dalam produk anti-penuaan di mana kami rasa perlunya pendekatan yang lebih terangkum. Jadi, dengan bahan-bahan tumbuhan terbaik dan teknologi terkini, kami berjaya mencipta SpaceLift Face Booster. Matlamat Empro mudah: untuk menganjak ‘standard’ penjagaan kulit ke tahap baru dengan satu penyelesaian menyeluruh.”

Yeoh menjelaskan bahawa SpaceLift Face Booster dijual dengan harga berpatutan, dengan menumpukan kepada fungsi dan keberkesanan produk berbanding menjual jenama semata-mata. Yeoh juga menekankan kepentingan untuk menjadikan SpaceLift mudah didapati dan mampu milik, dengan fokus kepada menyampaikan keberkesanan yang dijanjikan, tanpa kompromi terhadap kualiti.

Aina Abdul, penyanyi Malaysia yang memenangi anugerah menyandangkan lagu hitsnya sebagai hidangan istimewa sempena pelancaran SpaceLift.

Justeru, Empro memilih Watsons sebagai rakan kongsi utamanya bagi pasaran tempatan, serta memperkenalkan SpaceLift versi yang lebih kecil, dijual pada harga yang jauh lebih rendah, sebagai titik permulaan untuk mereka yang ingin mencuba SpaceLift. Selain itu, Empro juga bekerjasama dengan Sasa Malaysia untuk memperluaskan lagi capaian mereka dalam arena penjagaan kulit Malaysia.

Secara global, Empro mengedarkan SpaceLift dari Jepun sambil terus membangunkan jenama mereka untuk menjadi pemain utama sektor penjagaan kulit dan kecantikan dan lebih terkenal di peringkat antarabangsa. “SpaceLift kini boleh didapati di 14 negara dan matlamat kami menjelang akhir tahun ini ialah untuk menembusi 30 pasaran luar negara,” ungkap Yeoh, penuh dengan semangat patriotik. “Saya ingin menjadikan SpaceLift dan Empro sebagai produk dan jenama kebanggaan Malaysia. Sebuah jenama Malaysia yang terkenal di seluruh dunia, itulah impian saya.”

SpaceLift Face Booster: Penyelesaian Terbaik untuk Kecantikan abadi. ‘Signature’ kami 1 + 1 = 5. 1 saat untuk untuk penyerapan, 1 saat untuk menganjal dan keputusannya sama dengan transformasi 5 minit.

Sertai Empro dalam mempertingkatkan landskap kecantikan dan mulakan perjalanan ke arah muka yang lebih anjal dan berseri bersama SpaceLift Face Booster – simfoni keanggunan dan inovasi yang melengkapkan ritual penjagaan kulit anda, memberikan anda kecantikan yang luar biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN