Dua maut, dua cedera dalam letupan gas acetylene di Puchong

Dua maut, dua cedera dalam letupan gas acetylene di Puchong

ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja ventilasi dalam kejadian letupas gas acetylene di Taman Perindustrian Puchong, pagi tadi.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu meninggal dunia manakala dua lagi dipercayai cedera dalam letupan gas acetylene di sebuah premis di Taman Perindustrian Puchong Utama dekat sini, hari ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.14 pagi berkaitan kejadian itu. 

Katanya, seramai 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang dan BBP Cyberjaya ke lokasi kejadian. 

“Apabila tiba di lokasi, didapati letupan melibatkan gas acetylene di sebuah kedai berkeluasan 30×60 kaki persegi. 

“Pemeriksaan mendapati terdapat empat orang mangsa yang terlibat iaitu dua dipercayai meninggal dunia manakala dua lagi cendera,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kerja-kerja ventilasi sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kedai. 

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya