Dua lagi tahanan lolos berjaya ditangkap - Utusan Malaysia

Dua lagi tahanan lolos berjaya ditangkap

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Dua lagi tahanan lelaki etnik Rohingnya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditangkap polis di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Kami Garden, Sungkai dekat sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan pada pukul 12 tengah hari itu hasil maklumat orang awam dan operasi khas polis.

“Setakat ini, 131 tahanan yang lolos, seramai 56 orang telah berjaya ditangkap, mati akibat kemalangan jalan raya (dua orang) serta yang masih bebas ialah 73 orang.

“Tangkapan dibuat di kawasan pentadbiran polis Tapah yang meliputi kawasan Sungkai, Bidor dan Tapah.

“Polis percaya masih ramai OKT yang lolos masih berada dihutan serta kampung sekitar tiga kawasan itu,” katanya di sini.

Operasi bersepadu yang dijalankan memasuki hari kelima sejak 131 tahanan lelaki itu meloloskan diri dari depot imigresen malam Khamis, minggu lalu.

Pusat tahanan sementara itu berada di lokasi strategik berhampiran lebuh raya, ladang kelapa sawit dan aliran sungai yang menuju bandar-bandar berdekatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya