Dr. Akmal  jangan keruhkan keadaan, timbul provokasi - AMK

Dr. Akmal diminta tidak keruhkan keadaan, timbul provokasi – AMK

MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh diminta tidak lagi mengeruhkan keadaan dengan didakwa memulakan bibit provokasi terhadap rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan hanya kerana tidak berpuas hati dengan keadaan semasa.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar berkata, serangan demi serangan yang dimulakan sama ada secara terang-terangan mahupun halus oleh Dr. Muhammad Akmal terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu dielakkan.

Katanya, ia mengambil kira penilaian rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan terus kritikal.

“Adalah tidak adil buat rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang berusaha mengekalkan keharmonian dan hormat-menghormati dalam kalangan komponen tatkala pemimpin utama UMNO seperti beliau mengeluarkan kenyataan yang berupaya mewujudkan perasaan syak wasangka antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan. 

Justeru, Haziq Azfar berkata, Muhammad Akmal dicadang terus menumpukan usaha yang mampu memberi nilai tambah seperti mengukuhkan sokongan anak muda Melayu kepada Kerajaan Perpaduan. 

“Ia sekali gus menjadi ‘pemain pasukan’ yang baik dan mengendurkan persengketaan antara satu sama lain,” katanya. 

Sebelum ini, Dr. Muhammad Akmal memaklumkan, Pemuda UMNO mahu membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. 

Ia berikutan bekas Ahli Parlimen Damansara itu didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong selepas keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya