KEMAMAN: Seorang doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan di Kuantan, Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual dan menghasilkan gambar pornografi terhadap enam kanak-kanak yang juga pesakitnya. Bagaimanapun, tertuduh, Dr. Anas Ramli, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Mengikut lima pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Chukai didakwa atas lima kesalahan yang sama iaitu menghasilkan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar terhadap lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 11 tahun ketika bertugas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya