KANGAR: Ketika tanaman lain berdepan masalah berikutan musim panas, berbeza dengan harumanis yang hasilnya dijangka meningkat musim ini berikutan cuaca panas berterusan di Perlis. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razali Saad berkata, musim ini, pengeluaran harumanis dijangka mencecah sehingga 1,200 tan metrik berbanding tahun lalu, 1,189 tan metrik. Katanya, berdasarkan prestasi semasa, 60 peratus pokok mempelam harumanis sekitar negeri ini telah berbunga dan bakal keluarkan hasil pertengahan April ini. “Kemungkinan akan ada juga sedikit lagi pertambahan hasil direkodkan selepas ini berikutan masih terdapat pokok-pokok yang diusahakan kelihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya