PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan tiada hujan berterusan dijangka berlaku untuk tempoh beberapa hari akan datang. Kata jabatan itu, pihaknya turut menjangkakan cuaca kering dan panas berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah celcius. Walau bagaimanapun menurut Met Malaysia, ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang masih berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sarawak dan Sabah. “Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya