Crockfords kekalkan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide

Crockfords kekalkan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide enam tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Crockfords di Resorts World Genting (RWG) mengekalkan penarafan lima Bintang Forbes Travel Guide selepas hotel itu memperoleh anugerah berprestij berkenaan untuk tahun keenam berturut-turut. 

Crockfords adalah satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah berprestij lima bintang dan antara 340 hotel serta hartanah mewah di seluruh dunia diberikan pengiktirafan tersebut.

Selain itu, hartanah RWG, Genting Grand diiktiraf sebagai hartanah empat bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai Hartanah Forbes Disyorkan, menjadikan tahun ketujuh hotel-hotel ini mengekalkan pengiktirafan masing-masing.

Naib Presiden Operasi Hotel, Resorts World Genting, David Leung Ming Sum berkata, pihaknya teruja sekali lagi diiktiraf oleh Forbes Travel Guide sebagai hotel mewah bertaraf dunia setanding dengan yang terbaik di dunia.

“Asas Crockfords adalah untuk menggembirakan dan melebihi jangkaan tetamu di semua titik perkhidmatan. 

“Kakitangan kami mendalami ilmu dan berkemahiran tinggi dalam memberikan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan dengan standard hospitaliti tertinggi untuk para tetamu,” katanya dalam kenyataan. 

Forbes Travel Guide adalah sistem penarafan global bebas untuk hotel mewah, restoran dan spa di seluruh dunia.

Untuk rekod, Crockfords terletak di kawasan tanah tinggi yang sejuk di tengah-tengah lampu terang hab hospitaliti dan hiburan terkenal Resorts World Genting, Pahang.

Ia adalah permata tersembunyi paling indah di Malaysia dan lambang kemewahan dan kemegahan dengan hiasan dalaman yang anggun yang diilhamkan oleh rumah-rumah agam London.

Hotel yang elegan itu menawarkan pemandangan indah hutan hujan di sekitarnya dan landskap pegunungan di semua 177 bilik yang terdiri daripada tiga villa, 19 suite signature yang menampilkan tiga tema unik, 13 suite junior dan 142 bilik superior. 

Semua suite di Crockfords menonjolkan rasa kemewahan moden serta mempunyai mandian wap peribadi di dalam bilik dan lekapan tandas marmar Calacatta Yunani yang mewah, direka khas untuk Crockfords.

Teknologi canggih juga disediakan di dalam bilik untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dengan sentuhan butang.

Sebaik sahaja tiba, tetamu akan disambut oleh penjaga pintu dan butler ke lobi yang luas dan mewah yang dipenuhi dengan lekapan pokok emas, perabot marmar mewah serta arca dan pameran seni indah memancarkan kelas dan gaya yang tiada tandingan.

Hospitaliti unik melalui tempahan awal, layanan tersendiri dan sempurna yang tiada tandingan membezakan Crockfords dari hotel lain. 

Crockfords juga menjanjikan pengalaman tetamu yang disesuaikan dengan teliti dan penjagaan intuitif mengikut keperluan dan keutamaan.

Tetamu dari semua peringkat umur pasti akan menerima komitmen penuh perhatian dan bermakna yang melangkaui jangkaan tetamu daripada pekerja Crockfords yang mudah didapati sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Crockfords dan kemas kini dan acara-acara terkini di Resorts World Genting, sila lawati rwgenting.com. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN