KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas kain sarung batik dan kain pelikat tidak bercukai bernilai RM1.64 juta di sebuah gudang di Jalan Kolombong Januari lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd. Nasir Deraman berkata, pihaknya turut menahan seorang wanita warga China berusia 30-an semasa serbuan dilakukan di gudang berkenaan kira-kira pukul 5 petang, pada 5 Januari lalu. Beliau berkata, serbuan yang dilakukan hasil risikan Pasukan Tempur Medan Operasi Kastam (Cobra) itu menemukan 439 guni yang mengandungi kain sarung yang disyaki tidak mematuhi Perintah Kastam (Larangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya