Buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun sebabkan kematian rakan tanpa niat - Utusan Malaysia

Buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun sebabkan kematian rakan tanpa niat

MOHD. Alias Mokhtar (dua, kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap rakannya, tahun lalu. Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membacakan keputusan itu hari ini selepas Mohd. Alias Mokhtar, 40, mengaku bersalah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK). Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 45 tahun dengan niat menyebabkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Gelugor Kedai di sini kira-kira pukul 8.30 malam…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya