PETALING JAYA: Sarjana ulung kesusasteraan Melayu klasik, Prof. Dr. Vladimir I Braginsky meninggal dunia pagi ini pada usia 79 tahun. Berita sedih itu dikongsi wartawan kelahiran Malaysia yang menetap di London, Zaharah Othman dalam laman Instagram hari ini. Zaharah berkata, Braginsky bukan hanya seorang sarjana malah menyifatkan tokoh akademik kelahiran Moscow, Rusia itu sebagai pelita yang menerangi koridor sastera Melayu klasik. “Beliau membimbing saya memahami keindahan sastera Melayu klasik, ajarannya melangkaui akademik semata-mata, ia bergema dalam jiwa saya dan mengubah persepsi saya selama-lamanya,” tulis beliau. Braginsky menerima Ijazah Doktor Falsafah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya