KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian sebuah pesawat ringan terhempas dalam sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.56 tengah hari tadi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke tempat kejadian. Menurutnya, bagaimanapun jumlah, identiti dan status keselamatan mangsa terlibat belum diketahui. “Sampai di lokasi benar berlaku kapal terbang terhempas dan kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan. Jenis pesawat adalah Aircraft Aviation Safety Technology,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya