IPOH: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM800 daripada seorang individu, empat tahun lalu. Tertuduh, Zawawi Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani. Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berpangkat Bintara Muda (T6) itu didakwa menerima suapan berjumlah RM800 daripada seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. Tertuduh yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor melakukan perbuatan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya