Biasalah kitaran hidup, tawaran memang sudah berkurangan - Kay Maria - Utusan Malaysia

Biasalah kitaran hidup, tawaran memang sudah berkurangan – Kay Maria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kay Maria tidak berkecil hati atau ‘merajuk’ dengan industri seni walaupun mengakui tawaran lakonan semakin berkurangan ditambah pula impak pandemik yang pernah melanda dunia.

Bagaimanapun, kongsi pelakon veteran itu, dia perlu mencari jalan lain termasuk berniaga untuk menjana pendapatan sampingan di kala aktiviti lakonan sudah tidak semeriah dahulu.

“Memang ramai artis terkesan, lebih-lebih lagi kami di usia emas ini. Sebenarnya, sebelum Covid-19 lagi memang berkurangan tetapi impak pandemik itu memberi kesan yang lebih.

“Jadi saya fikir, tak boleh hanya bergantung pendapatan dari dunia lakonan. Saya keluarkan produk wangian dan ternyata sambutan sangat menggalakkan. Orang kata, boleh hidup.

“Saya juga sering menyertai acara jualan melibatkan artis di serata Malaysia. Ramadan nanti pun saya akan berkampung di Perak untuk sama-sama menyertai rakan artis di Grand Bazar Megaraya,” ujarnya.

Pelakon berusia 56 tahun itu ditemui ketika majlis pelancaran Grand Bazar Megaraya yang bakal berlangsung di Dataran Manjung Musang King, Seri Manjung, Perak bermula pada 16 Mac sehingga 9 April depan.

Berkonsepkan Raya Glam Bersama Selebriti, acara tersebut bakal menghimpunkan selebriti tanah air seperti Aznah Hamid, Aida Aris, Zazil Baginda, Kay Mariah, Amai Kamarudin, Syed Ali serta ramai lagi termasuk tiktoker Wanie dan Nazrul.

Untuk info, lebih dari 105 tapak niaga dibuka khusus bagi jualan pakaian, aksesori, produk kecantikan, makanan, automobil, perumahan serta perkakas elektrik dan elektronik.

Malah penjualan tapak niaga masih dibuka bagi penjual yang berminat menyertai acara tersebut yang menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya