SHAH ALAM: Seorang bekas pensyarah universiti antara dua individu yang menjadi mangsa sindiket penipuan atas talian atau scammer melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada bulan ini. Wanita warga emas berusia 61 tahun itu terpedaya sehingga sanggup mengeluarkan semua wang dan menggadai barang kemas sehingga kerugian RM1.43 juta. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kelmarin menerima laporan dibuat mangsa di Balai Polis Bandar Baru Bangi mengenai penipuan tersebut. Jelas beliau, suspek menghubungi wanita itu menerusi telefon dengan menyamar sebagai Pegawai National Scam Response Centre (NSRC). “Suspek memberitahu mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya