PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih disegani, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir akibat strok hari ini. Perdana Menteri berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak negara pastinya dikenang terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008. “Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini. “Dititipkan doa agar Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya