KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas dikesan menyimpan beberapa sampul ‘angpau’ mengandungi wang tunai yang diragui sumbernya, semalam. Wang tunai itu ditemukan ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah balai di Kuala Lumpur oleh JIPS, Bukit Aman. Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan satu kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap anggota terbabit. Tanpa mendedahkah jumlah wang yang ditemukan, beliau berkata, siasatan selepas ini menjurus untuk memastikan bagaimana wang sebanyak itu boleh berada di dalam simpanan anggota polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya