Anggota polis bocor maklumat dalam media sosial kesalahan serius 

Anggota polis bocor maklumat dalam media sosial kesalahan serius 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Tindakan  segelintir anggota dan pegawai polis membocorkan maklumat sulit dalam media sosial adalah satu kesalahan serius.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah mengancam keselamatan negara.

Kata beliau, prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu membawa liabiliti jenayah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Allaudeen berkata, tugas dan tanggungjawab dipikul PDRM pada masa ini dalam menjalankan penugasan kepolisan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan kehendak baharu seiring dengan perubahan serta peredaran semasa. 

Katanya, dalam dunia berteknologi tinggi ketika ini PDRM terpaksa mengubah kaedah pengoperasian dan corak penugasan serta menggunakan segala sumber secara strategik.

Mengulas mengenai kejadian tular beberapa kejadian yang memberi tamparan kepada PDRM, beliau berkata, ia membabitkan sebilangan pegawai pasukan yang telah hilang integritinya dalam menjalankan tugas. 

“Tindakan itu telah menimbulkan satu tanggapan buruk terhadap PDRM bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

“Sikap integriti serta akauntabiliti antara prinsip yang perlu ada dalam setiap warga Polis Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah sepanjang Januari 2024 dengan jumlah rampasan sebanyak RM1.7 juta.

Katanya, rampasan itu membabitkan 2,352 tangkapan berbanding tahun 2023 sebanyak RM1.8 Juta (1,333 orang). 

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur pula memperlihat kejayaan dengan 366 operasi dan serbuan dilaksanakan. Sepanjang tempoh itu, seramai 421 orang ditahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya