BUTTERWORTH : Seorang anggota bomba disyaki lemas ketika sedang menyelenggara bot penyelamat di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin di sini, malam tadi. Difahamkan, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd Izwan Ilias,42, dikatakan terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 10 malam. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Khairy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.20 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). “Mangsa dikatakan melakukan penyelenggaraan bot…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya