CANBERRA: Selepas dua tahun bersama, personaliti televisyen, Robert Irwin, 20, mengumumkan hubunganya dengan anak saudara mendiang Heath Ledger, Rorie Buckey, 19, secara rasminya, berakhir.
Perkembangan itu diumumkan Irwin menerusi Instagramnya baru-baru ini.
“Kami telah memutuskan untuk berpisah. Namun kami hargai setiap kenangan sepanjang bergelar kekasih dan mengharapkan kebaikan untuk satu sama lain di masa akan datang.
“Tiada komen lanjut berkenaan perkara ini dan berharap ruang privasi kami dihormati,” tulisnya.
Bekas pasangan kekasih itu mula dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas keduanya dirakam menghabiskan masa bersama di Queensland, dekat sini pada November 2022.
Irwin dan Buckey secara rasmi mendedahkan hubungan istimewa mereka apabila keduanya menemani satu sama lain ke tayangan perdana filem Mission: Impossible – Dead Reckoning part one di Sydney Julai tahun lepas.