PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pergerakan dan sebarang aktiviti mempunyai kaitan dengan keganasan bagi membendung gejala itu terus merebak sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemantauan itu dilakukan pihaknya melalui Cawangan Khas. “Kita sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang pergerakan atau aktiviti yang dikaitkan pengganas dalam memastikan keamanan dan keselamatan dilindungi daripada anasir jahat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Mengenai senarai tiga pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC), Biro…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya