TELUK INTAN: Sejak sekian lama diangkat sebagai raja buah, malah durian merupakan buah yang cukup terkenal terutama di kawasan Asia Tenggara dan mempunyai penggemar tegar tersendiri. Isi durian sentiasa menjadi buruan ramai kerana rasanya yang enak, manakala kulitnya pula akan menjadi sisa buangan. Namun, air kulit durian pelbagai jenis sebenarnya menjadi satu daripada bahan utama untuk menghasilkan kuih tradisi masyarakat Banjar iaitu selimpat. Menurut Misriyaton Zainal Abidin, 59, prosesnya perlu melalui beberapa fasa seperti kulit durian itu dibersihkan dengan baik sebelum dikeringkan selama beberapa hari di atas siling rumah. “Ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya