Ahli perniagaan diperintah bela diri atas tuduhan menipu 

Bekal sarung tangan plastik:  Ahli perniagaan diperintah bela diri atas tuduhan menipu 

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang wanita berhubung perbekalan sarung tangan ketika pandemik Covid-19 melibatkan kerugian berjumlah RM65,000.

Majistret Illi Marisqa Khalizan memerintahkan  Muhammad Syafiq Pubalan Abdullah mengemukakan keterangan bela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman, berjaya membuktikan kes prima facie.

Mengikut tuduhan, Muhammad Syafiq didakwa menipu Nursyarina Zulkifli Wijitha yang juga seorang usahawan, dengan memperdaya mangsa bahawa dia boleh membekalkan sarung tangan.

Tertuduh dengan itu secara curangnya mendorong mangsa untuk membuat pembayaran RM65,000 yang mana wanita itu tidak akan menyerahkan wang berkenaan jika tidak diperdaya sedemikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara 22 Julai dan 24 April 2020 di Setia Sky Residence, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman antara setahun hingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Sementara itu, peguam bela Mohd. Zaidi Othman memaklumkan bahawa anak guamnya akan memberikan keterangan bela diri secara bersumpah melalui kandang saksi. Mahkamah kemudian menetapkan prosiding bela diri pada 22 Julai hingga 24 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN