670 panggilan kecemasan diterima bomba Selangor, kes menurun

670 panggilan kecemasan diterima bomba Selangor, kes menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 670 panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sejak 5 Februari sehingga semalam.

Jumlah itu menyaksikan penurunan kes berbanding 1,128 panggilan kecemasan direkodkan tahun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, daripada jumlah itu, panggilan penyelamatan membabitkan kemalangan jalan raya, mencari dan menyelamat, bencana alam serta kecemasan tertinggi direkodkan dengan 433 kes.

Kata beliau, sebanyak 236 panggilan lagi membabitkan kebakaran.

“Kita turut menerima satu panggilan tugas khas membabitkan operasi yang memerlukan perkhidmatan bomba seperti kawal pembakaran kertas Cina, pembakaran jerami, bantuan agensi kerajaan, gotong-royong dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah panggilan kebakaran juga mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu apabila sebanyak 161 panggilan direkodkan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina pada 17 Januari lepas.

Kata beliau, panggilan penyelamatan pula merekodkan 967 panggilan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Untuk rekod pada 2022, sebanyak 901 panggilan kebakaran dan penyelamatan diterima diikuti 2021 (961 panggilan) dan 2020 iaitu 699 panggilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya