PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppe Mall yang didakwa menipu penggunanya membabitkan kerugian mencecah RM1.03 juta. Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, siasatan awal mendapati syarikat berkenaan mempromosikan platformnya bagi menjana pendapatan tambahan secara dalam talian. Katanya, individu yang berminat dikehendaki mendaftar dan membeli pakej ditawarkan serendah RM50 sehingga RM13,700 dan melakukan tugasan diberikan. “Nilai komisen yang diterima adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai. “Pada bulan lalu, syarikat berkenaan dikesan menawarkan ‘bayaran balik’ sebanyak 80 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya