51 tahanan lolos berjaya ditangkap setakat ini - Utusan Malaysia

51 tahanan lolos berjaya ditangkap setakat ini

ANGGOTA RELA melakukan rondaan bagi mengesan tahanan yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di Kampung Sungai Kenoh, Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Operasi bersepadu melibatkan pihak polis, imigresen dan orang awam bagi memburu tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini sejak malam Khamis lalu semakin membuahkan kejayaan dengan 51 orang ditahan setakat pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pada pukul 3 petang tadi hasil maklumat orang awam, pasukan khas polis dan imigresen telah berjaya menangkap 10 orang lelaki etnik Rohingnya di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Senta, Bidor.

“Polis percaya masih ramai tahanan yang masih lolos berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Operasi bersepadu ini aktif 24 jam bagi memburu baki 79 orang lagi tahanan.

Media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu yang merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya