5 filem seram Thailand paling mencuri tumpuan - Utusan Malaysia

5 filem seram Thailand paling mencuri tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RATA-RATA penduduk Asia sudah tahu bahawa Thailand adalah negara yang kaya dengan cerita seram. 

Dalam tempoh beberapa tahun ini, populariti naskhah horror Thailand sering menjadi tumpuan seiring  filem seram ikonik di negara lain seperti Ju-On dan The Ring di Jepun.

Dalam artikel ini kami senaraikan filima  lem seram paling mencuri tumpuan di Thailand setakat hari ini.

GHOST OF MAE NAK 

Filem ini diterbitkan pada 2005 yang dihasilkan daripada cerapan kisah dongeng Mae Nak Phra Khanong yang ada di Thailand. Jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang wanita cantik yang mati ketika melahirkan anak. Suaminya bernama Mak pulang ke rumah dan melihat isteri dan anaknya masih hidup dan sedang menunggunya. Filem ini juga menjadi salah satu naskhah lakonan mendiang Tangmo Nida yang meninggal dunia pada 2022 kerana jatuh daripada bot tanpa lesen di utara Bangkok.

THE EYES DIARY 

Merupakan sebuah  filem yang terbit pada 2014, diinspirasikan daripda sebuah buku komik popular. Ia mengisahkan tentang sebuah kisah cinta romantik antara jejaka bernama Nott yang kehilangan kekasihnya kerana kemalangan jalan raya. Akibat rasa bersalah, Nott berusaha menjadi tukang urus mayat dan diam-diam mengumpul barang peninggalan kekasihnya dan berharap mata batinnya terbuka untuk meminta maaf kepada bekas kekasihnya itu. Ketika  filem ini terbit ramai yang memuji garapan cerita ini yang sempurna ditambah pula dengan skor muzik yang menyeramkan.

LADDALAND 

Merupakan sebuah  filem yang terbit pada 2011 namun cukup mencetuskan fenomena apabila menerima enam anugerah berprestij pada Anugerah Filem Antarabangsa Thailand. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Thi yang memutuskan untuk berpindah dari Bangkok ke Laddaland, sebuah perumahan di Chiang Mai atas faktor kewangan. Namun, hari demi hari ada sahaja cerita buruk tentang beberapa individu dibunuh dengan cara mengerikan. Filem ini mencatat kutipan lebih daripada RM13 juta dan mengalahkan kutipan  filem antarabangsa, Thor pada waktu itu. Ia juga dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Busan pada tahun yang sama. 

COMING SOON 

Ada  filem yang mendapat sorotan ramai ketika ia ditayangkan pada 2008. Konsep ceritanya menarik, apabila ia mengisahkan tentang seorang pelakon yang bunuh diri dan kemudian menjadi hantu. Sesiapa yang menonton filemnya akan mengalami kejadian misteri membuatkan lebih ramai yang ingin menggali sejarah kejadian yang berlaku kepada pelakon itu semasa penggambaran naskhah berkenaan dilakukan.

THE PROMISE 

Filem yang ditayangkan pada 2017 ini diilhamkan daripada latar Krisis Kewangan Asia pada 1997. Mengisahkan tentang dua remaja yang mahu bunuh diri selepas keluarga mereka hancur akibat krisis kewangan. Namun begitu hanya seorang sahaja terbunuh manakala seorang lagi terselamat. Selepas 20 tahun, dia mahu melawat lokasi bunuh diri kawannya itu dan mula dihantui dengan pelbagai kejadian misteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya