YALA: Hampir 300 pasangan Malaysia dilaporkan bernikah di negara ini dalam tempoh sebulan. Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pernikahan itu kebanyakannya berlaku kerana ingin berpoligami selain beberapa alasan lagi termasuk berkahwin dengan penduduk tempatan. “Kesemua jumlah pernikahan itu berlangsung di lima wilayah negara ini melibatkan Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun. “Daripada jumlah tersebut, saya boleh katakan 60 peratus pernikahan itu melibatkan poligami,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian ‘Melayu Day’ di sini, semalam. Ahmad Fahmi berkata, pasangan yang bernikah di negara ini perlu ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya