SERAMAI 26 orang kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun ‘masuk jawi’ sempena bermulanya cuti persekolahan penggal ketiga bagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula 9 Februari lalu. Program tersebut dianjurkan oleh Badan Kebajikan Sekolah Agama (SA) Kampung Sawah, Masjid Kampung Sawah, Poliklinik OMS Pontian dan ARMS Ambulance. Kanak-kanak ini diarak dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar sejauh 500 meter dari Masjid Kampung Sawah ke SA Kampung Sawah. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM150.00, manakala tiga kanak-kanak asnaf tidak dikenakan sebarang bayaran. Majlis perasmian disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Islam Daerah (PPID)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya