SERAMAI 200 penduduk Taman Ros, Batu Pahat, Johor, telah bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan keluarga Hamsan Tumardi di taman berkenaan baru-baru ini. Mereka merancang, menyusun atur, menyediakan segala kelengkapan termasuk memasak juadah dan meraikan para tetamu. Pengerusi Taman Ros, Dr. Mohd. Arif Agam berkata, aktiviti rewang sedemikian sudah kurang diamalkan sekarang, tetapi berjaya dihidupkan dengan efektif di taman itu. “Aktiviti mengacau bubur lambuk, sambutan Aidilfitri dan marhaban, majlis perkahwinan dan gotong-royong membersihkan taman masih dijayakan oleh penduduk,” ujarnya. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya