KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan 200 kompaun bernilai RM100,000 dalam tempoh kira-kira dua bulan pertama tahun ini membabitkan pembiakan nyamuk Aedes di premis-premis diperiksa jabatan itu. Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sehingga kini sebanyak 168 kompaun telah dibayar membabitkan kutipan berjumlah RM17,490. Menurutnya, sepanjang tempoh itu, jabatan telah memeriksa 31,337 premis dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 649 premis dikesan positif terdapat pembiakan jentik-jentik nyamuk. “Bagi kes demam denggi di Terengganu, sebanyak 60 kes direkodkan dari Januari hingga 24 Februari berbanding hanya 49 kes dicatatkan berbanding tempoh sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya