195,000 tiket bas ekspres dijual sempena Tahun Baharu Cina

195,000 tiket bas ekspres dijual sempena Tahun Baharu Cina

Kira-kira 195,000 tiket bas ke pelbagai destinasi dijual sepanjang tempoh pe­rayaan Tahun Baharu Cina tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 195,000 tiket ke pelbagai destinasi dijual oleh pengusaha bas ekspres sepanjang tempoh pe­rayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Iskandar Salleh berkata, permintaan tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah dua hari sebelum perayaan tersebut pada 8 dan 9 Februari.

Masyarakat Tionghua di negara ini akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari ini. Tarikh tersebut juga adalah permulaan kepada cuti penggal akhir sesi persekolahan 2023 selama sebulan.

Beliau berkata, walaupun jumlah jualan tiket agak tinggi, tiket bas masih banyak dipercayai faktor cuti sekolah panjang yang membolehkan orang ramai merancang perjalanan masing-masing.

“Perjalanan pada 12 Februari untuk pulang ke ibu negara juga masih banyak. Berkemungkinan penumpang menyambung cuti,” katanya.

Menurut Iskandar, lebih 800 bas bakal beroperasi sepanjang musim perayaan kali ini.

Katanya, tiada sebarang pertukaran waktu operasi bagi mana-mana perkhidmatan bas ekspres demi memastikan penumpang sampai ke destinasi mengikut jadual.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenaikan harga jualan tiket sebanyak 10 peratus masih kekal pada musim perayaan kali ini seperti tahun sebelumnya.

“Kebiasaannya harga tiket untuk destinasi ke selatan adalah RM40. Namun disebabkan perayaan maka kenaikan 10 peratus menjadikan harga jualan tiket adalah RM44.

“Begitu juga jualan harga tiket bas yang menghala ke pantai timur dan juga utara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya