132 PATI Rohingya lari dari depoh Imigresen Bidor - Utusan Malaysia

132 PATI Rohingya lari dari depoh Imigresen Bidor

TAHANAN etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor maut dilanggar dalam kejadian di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang ditahan di Depoh Imigresen Sementara Bidor dekat sini, dilaporkan melarikan diri hari ini. Difahamkan, kesemua PATI berkenaan melarikan diri dalam kejadian pukul 9.50 malam. Susulan kejadian itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki kesemua mereka. Difahamkan, seorang daripada PATI berkenaan maut dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi. Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya