SELALU ada keterujaan istimewa setiap kali ingin menonton filem Angga Dwimas Sasongko. Mungkin kerana hampir semua naskhahnya sudah saya tonton daripada genre romantik, drama sehinggalah aksi jenayah. Filem terakhir Angga yang saya tonton adalah Mencuri Raden Saleh (2022) dan sekali lagi, sutradara itu kembali dengan filem aksi namun memfokuskan kepada terorisme dalam 13 Bom Di Jakarta (13BDJ). Sedikit konteks, 13BDJ menceritakan tentang sekumpulan pengganas yang diketuai lelaki bernama Arok melakukan serangan letupan bom di beberapa tempat sekitar Jakarta. Serangan itu secara langsung mencabar Badan Kontra Terorisme Indonesia (Pasukan Anti-Pengganas) yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya