PETALING JAYA: “12 tahun berkenalan, sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa seterusnya.”
Demikian jawapan pelakon, Azira Shafinaz ketika ditanya berhubung status percintaannya dengan teman, Yasser Khan.
Jelas Azira, dia bersedia untuk bergelar isteri namun dalam masa masa menanti waktu terbaik untuk ke fasa seterusnya.
“Saya masih bahagia sampai sekarang dengan orang yang sama, Alhamdulillah. Sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa perkahwinan.
“Kadang-kadang fikir, nak tunggu sampai bila pun hanya buang masa. Saya cuma rasa macam it’s now or never,” katanya.
Tambah Azira lagi, dia dan teman lelaki sering berbincang berhubung urusan berumah tangga namun lebih memilih untuk kekal privasi.
“Jujurnya, kami selalu sahaja berborak tentang perkahwinan tapi biarlah rahsia. Saya kalau boleh tak mahu dedahkan apa-apa lagi buat masa ini.
“Kalau sudah ada urusan yang sahih, jangan risau. Saya akan kongsikan berita gembira itu kepada semua,” ujarnya.
Terdahulu, Azira pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.-UTUSAN