12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok, di Kota Kinabalu hari ini-Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hampir 100 orang tinggal sehelai dalam kebakaran rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok, di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, 12 rumah musnah sepenuhnya manakala, sebuah rumah hanya terbakar di bahagian bilik mandi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.45 tengah hari dan sepasukan 14 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer dari BBP.

Selain itu, dua pasukan dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Tuaran dengan kekuatan anggota seramai 18 orang turut membantu dalam kerja-kerja memadam kebakaran.

Kebakaran dapat dikawal pada pukul 1.41 petang dan usaha memadam kebakaran masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya