MELAKA: Kerajaan negeri menawarkan kemasukan percuma di 10 lokasi pelancongan popular di Melaka sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, pada 20 Februari ini. Lokasi-lokasi berkenaan adalah Melaka River Cruise (MRC), Menara Taming Sari, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Zoo Melaka dan Balai Cerap Al-Khawarizmi. Turut ditawarkan kemasukan percuma adalah Melaka Wonderland & Themepark, Taman Laut Melaka, kelab-kelab golf Melaka, Muzium Penjara Malaysia dan Malaysia Heritage Studios. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri turut memberikan parkir percuma di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya