Zon Bebas Kenderaan 21 jam sempena Tahun Baharu Cina

Zon Bebas Kenderaan 21 jam sempena Tahun Baharu Cina

AB. RAUF Yusoh bertemu para peniaga Jonker Walk semasa meninjau kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tempoh pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini dipendekkan dari 54 jam kepada 21 jam mulai minggu depan hingga hujung Februari.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu Cina yang dijadualkan pada 10 dan 11 Februari depan.

“Saya mengambil pendekatan bagi meraikan kawan-kawan kita menyambut Tahun Baharu Cina, kawasan ini tidak lagi kita tutup selama 54 jam tetapi kita balik kepada perancangan asal dari pukul 6 petang hingga 1 pagi dari Jumaat hingga Ahad.

“Sebelah siang jalan ini akan beroperasi seperti biasa kecuali jalan di Bangunan Merah. Saya harapkan sepanjang penyusunan semula sementara ini kita berikan pertimbangan khas hingga hujung Februari ini.

“Namun selepas itu tempoh pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan akan kembali beroperasi selama 54 jam,” katanya selepas meninjau kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, semalam.

Tambah Ab. Rauf, kelonggaran itu juga memberi ruang kepada masyarakat Cina membeli-belah di kawasan perniagaan sekitar Jalan Temenggong, Jalan Kee Ann dan Jalan Bukit Cina.

“Kita tak nak mengganggu urusan perniagaan peniaga yang telah berjalan selama ini memandangkan Tahun Baharu Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari depan.

“Mereka hendak beli-belah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan kita memberikan kelonggaran ini supaya kajian baharu akan dibuat untuk menilai semula kawasan-kawasan yang terjejas, sementara waktu ini sebelum kita membuat keputusan yang baharu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya