Zed Zaidi dituduh Presiden Seniman tidak sah? - Utusan Malaysia

Zed Zaidi dituduh Presiden Seniman tidak sah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN main-main tuduhan yang dilemparkan kepada Zed Zaidi apabila dia didakwa tidak sah memegang jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Perkara ini juga bukan sembarangan datangnya daripada orang biasa. 

Tetapi telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr. Md. Nasir Ibrahim menerusi teks yang dikirimkan kepada rakan media. 

Apabila perkara ini timbul, tentulah ia mengejutkan ramai memandangkan, jika benar Zed tidak layak, mengapa dia masih berada di posisi itu tanpa kebimbangan? Berdasarkan dakwaan yang diterima Cik Bunga, kononnya, Nasir cuba membuktikannya dengan menunjukkan tangkap layar Semakan Senarai Hitam Pegang Jawatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). 

Berdasarkan ‘bukti’ yang disebarkan itu, dakwanya, kemungkinan Zed yang memegang jawatan sebagai Presiden SENIMAN tidak sah berada di posisi itu sejak dilantik untuk penggal 2022 hingga 2025. 

Cik Bunga rasa seakan ada yang tidak kena dengan tuduhan ini memandangkan Zed sejak memegang tampuk pimpinan persatuan, tidak pernah ada masalah mengendalikannya. 

Indvidu yang buat tuduhan itu pula datangnya daripada orang yang sudah tidak berada dalam institusi terbabit. 

Kalau benar dia tidak sah, mana mungkin barisan exco atau Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan selesa duduk diam dan tidak mengambil serius isu ini? Lagi pula, Zed telah dilantik sejak 2022 dan tinggal dua tahun sahaja lagi untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai Presiden. 

Baru sekarang hendak dicanangkan mengenai ketidaksahihan dan tidak layak? Cik Bunga benar-benar berharap Zed pun dapat menjelaskan perkara ini segera. Kita pun tak nak salah faham macam ini berlaku. 

Kasihan pada ahli-ahli. Pada masa sama, kita sebagai orang industri pun tak naklah orang cakap segala persatuan seni yang ada dalam Malaysia ini selalu bermasalah. Sampai bila orang nak hormati bukan? Jadi Zed, tolong jawab dakwaan ini ya. 

Bimbang juga kalau ada pihak sengaja hendak melihat kejatuhan Zed. Demi kuasa, tak pelik pun jika ada manusia sanggup buat apa sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya