Zayn Rayyan:  Tiada perkembangan baharu, siasatan masih berjalan - Ayob Khan

Zayn Rayyan:  Tiada perkembangan baharu, siasatan masih berjalan – Ayob Khan

AYOB Khan Mydin Pitchay menyerahkan cenderahati kepada Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman di Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meskipun tiada perkembangan baharu setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan menghentikan siasatan walaupun tiada perkembangan. 

“Polis masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan (siasatan).

“Jika ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kita akan kongsi, setakat ini tiada perkembangan baharu,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data berhubung beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Bagaimanapun, menurutnya, maklum balas tersebut hanya berkaitan maklumat umum berkaitan kes tersebut. 

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya. 

Bagaimanapun siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

23 Disember lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan Interpol dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Hussein turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

“Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah ‘second crime scene’ (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah.

Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya