Zayn Rayyan: Polis terima maklumat dari Interpol - Utusan Malaysia

Zayn Rayyan: Polis terima maklumat dari Interpol

ZAYN RAYYAN
ALLAHYARHAM ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan di anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, dekat sini pada 6 Disember lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol) namun secara am.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut melibatkan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

“Polis masih berusaha (cari petunjuk). Kita ada menerima maklumat dari Interpol namun secara ‘general’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 23 Disember lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman.

Hussein dilaporkan berkata, bantuan yang diperlukan daripada Interpol dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

“Kita pun ada maklumat (tidak didedahkan) yang mereka boleh bantu semak dalam ‘data base’ mereka (Interpol),” katanya.

Hussein turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

“Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah ‘second crime scene’ (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah.

“Jadi dalam kes ini, pihak polis berhadapan cabaran untuk mengesan keterangan-keterangan sehingga tertangkapnya suspek atau mereka yang terbabit,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata, keadaan kes itu menyukarkan pihak polis untuk mengetahui di mana ‘primary crime scene’ dengan lebih awal, cabaran yang dihadapi oleh polis.

Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

“Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisa dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.

“Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya