Zain tak kisah saya berkedut, tak izin buat muka - Rozita Che Wan - Utusan Malaysia

Zain tak kisah saya berkedut, tak izin buat muka – Rozita Che Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Teringin juga nak lakukan rawatan seperti suntikan, sebab ramai buat. Tetapi itulah, suami tak izin. Dia tak suka wanita yang ‘buat muka’.”

Demikian jawapan selebriti cantik, Rozita Che Wan apabila ditanya berhubung pernahkah dia terfikir untuk melakukan sebarang rawatan atau pembedahan plastik di wajahnya.

Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya, Zain Saidin juga tidak membenarkan dia melakukan rawatan kecantikan dan tidak mempunyai masalah jika kulit wajahnya berkedut.

“Zain okey sahaja kalau kulit saya berkedut. Kita pula seiring dengan peningkatan usia. Memang saya tidak buat rawatan tertentu.

“Saya hanya jaga kulit dengan produk yang sesuai dan rawatan ‘facial’ biasa.

“Sebenarnya Zain tidak pernah larang untuk saya lakukan apa-apa sangat. Cuma dia selalu tegur bab pakaian dan aurat,” katanya.

Percaya dengan kecantikan bermula dari pemilihan produk yang tepat, pelakon itu turut memperkenalkan produk baharu keluarannya di bawah jenama byRCW, Glow Edition dengan harga berpatutan.

“Serum Cekang Jelita jika dipakai kulit akan tegang dan anjal. Semua mahu cantik pada usia emas kan? Jadi kena mula dari sekarang. Jangan tunggu berusia mahu cari produk seperti ini.

“Tetapi di usia muda, kita perlu jaga dan amalkan penjagaan wajah dan perlu konsisten tidak kira apa produk yang dipakai.

“Saya tidak mahu dengar ayat, ada duit baru boleh cantik. Sebab itu saya keluarkan produk yang semua wanita mampu beli,” ujarnya.

Untuk info, set Glow Edition yang berharga RM59.90 tersebut mengandungi tiga produk iaitu serum Cekang Jelita, foundation pelindung matahari dan sabun pencuci wajah (gold bar soap) dan telah menjalani sesi penyelidikan selama enam bulan sebelum di keluarkan di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya