Ya, saya sedang hamil - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Ya, saya sedang hamil – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah akhirnya menjawab desas desus kehamilan apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lain.

Shila, 34, berkata, dia dan suami, Ubai MZ memilih untuk merahsiakan kehamilan sebelum ini kerana mahu memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar.

“Ada sebab kenapa kami baru umumkan kepada semua orang. Kami buat demikian untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

“Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya,” ujarnya.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah mengumumkan berita gembira tersebut menerusia sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagramnya semalam.

Dalam hantaran sama, Ubai yang juga seorang pempengaruh turut berkongsi memori suka duka yang telah dilalui bersama tahun lalu terutama saat kehilangan adik dan ibunya.

“2023 sebenarnya meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Dalam tahun itu juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

“Selesai cerita kami di tahun 2023 dan di tahun 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” kongsinya.

Sebelum ini, pengguna media sosial mula berteka teki tentang kehamilan penyanyi Memori Tercipta itu apabila melihat perubahan mendadak melibatkan berat badannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya