Witchcraft dahului hari pertama Regatta Langkawi

Witchcraft dahului hari pertama Regatta Langkawi

PASUKAN Uranus mewakili TLDM antara yang menyertai kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi yang bermula hari ini di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang bermula hari ini menyaksikan pasukan Witchcraft mendahului kelas Racing pada dua sesi perlumbaan yang diadakan.

Pasukan diketuai Nick Burns yang mengemudi kapal dari Hong Kong itu mengatasi tiga lagi pasukan dalam kategori berkenaan termasuk dua pasukan tempatan, The Next FactorRolf dari Kelab Perahu Layar Diraja Selangor (RSYC) dan Uranus mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami menerima angin yang baik sepanjang perlumbaan hari ini dan kami difahamkan keadaan ini dijangka berterusan sepanjang kejohanan RLIR.

“Saya berharap perlumbaan pada hari seterusnya akan berjalan lancar kerana tidak pasti bagaimana keadaan angin dan ombak yang boleh mempengaruhi perlumbaan,” katanya di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC), Azlan Abdullah berkata, tiupan angin yang kuat antara 10 hingga 15 knot membantu memeriahkan perlumbaan hari pertama.

“Kita berharap keadaan cuaca ini akan berterusan pada hari kedua esok dan seterusnya hingga kejohanan tamat,” katanya.

Sementara itu, kejohanan RLIR edisi ke-20 yang berlangsung selama lima hari menyaksikan 32 pasukan berentap dalam enam kategori iaitu kelas Racing, kelas IRC1, kelas IRC2, kelas multihull, kelas sports boating dan kelas club cruising.

Sebanyak 250 pelayar dari pelbagai negara seperti Thailand, Denmark, United Kongdom, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, New Zealand, China, Vietnam akan berentap bagi merangkul anugerah berprestij. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya